Friday 23 October 2015

IKRAR SEKOLAH


SK Kampung Beraya, Miri komited menyediakan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada anak didik dengan memberi peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
SK Kampung Beraya, Miri mempunyai kebolehan dan keupayaan serta komitmen untuk memberikan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada setiap anak didik yang diamanahkan.


VISI

Sekolah Unggul Pemangkin Generasi Terbilang


MISI


o    sekolah kebangsaan kampung beraya, miri, memberi perangsang kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan demi bangsa, agama dan negara.
o    mendidik, melahirkan generasi yang bermutu untuk mencapai keterbilangan demi bangsa, agama dan negara.
o    mendidik, memimpin dan melahirkan generasi yang berilmu dan bermoral tinggi.

LAGU SEKOLAH



Unggul


Unggul menjadi teras kita
Lambang kebanggaan kita semua
Di S.K kampung Beraya
Apaku kata pasti ku kotakan

Berbekalkan semangat yang waja
Akan ku tempuhi segalanya
Rintangan dan halangan
Demi namamu oh sekolahku

c/  S.K Kampung Beraya
Namamu ku sanjung dan ku puja
Hanya kau satu tiada duanya

Tidak pernahku melupakan
budimu ku kenang jasa tidak terhingga
keranamu ku insan berguna

Kepada agama nusa bangsa
ku ikrarkan janji dengan setia
walau kau jauh dari pandangan mata
namun di hatiku tetap setia

Oh S.K Kampung Beraya

BENDERA SEKOLAH




Panjang = 2meter

Lebar setiap jalur = 1 kaki = 30 cm

Warna hijau melambangkan kebersihan dan kesegaran desa.
Warna kuning pula melambangkan kedaulatan raja dan undang-undang.
Mascot sekolah adalah seekor RUSA yang membawa makna (R) Rajin,
(U) Usaha, (S) Satu, (A) Amalan. Haiwan ini juga membawa keunikan di mata penduduk Kampung Beraya.

Unggul pula adalah cogankata yang menjadi teras dan lambang kejayaan sekolah.

LENCANA SEKOLAH


PENERANGAN LOGO
 

1. WARNA                    -      


Kesungguhan dan ketabahan seta kejayaan yang diimpikan

                         
 Ketenteraman dan keselesaan

 
Budi pekerti yang mulia

 
Tegas dan berdisiplin tinggi





2.  LIMA GELUNG               -         Semangat kesukanan  yang jitu untuk menuju
kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan.

3. SIJIL                                   -          Dilambangkan sebagai ilmu pengetahuan yang
                                                       menjadi nadi untuk mencapai kejayaan.

4. TERUS UNGGUL                       -           Cogankata sekolah yang menginginkan kejayaan
berterusan dalam kurikulum dan kokurikulum.

SEJARAH SEKOLAH


            Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967.  Nama sekolah ini belum pernah ditukar sejak dari ia ditubuhkan.  Ia masih kekal dengan nama SRK Kampung Beraya. Pada tahun 1999 SRK ditukar kepada SK (Sekolah Kebangsaan) kerana untuk menyeragamkan identiti sekolah seluruh Malaysia.

            Bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan daun nipah pada awalnya.  Kemudian sekolah ini diubahsuai oleh kerajaan dan atapnya beratapkan zink.  Bangunan sekolah ini pada awalnya mempunyai 3 bilik darjah dan 1 bilik pejabat guru dan 1 bilik pejabat Guru Besar.  Jarak sekolah ini dari pusat pentadbiran Bandar Miri adalah lebih kurang 40 km dengan menggunakan jalan bertanah/pasir.  Disebabkan itu juga ia terpisah dari pusat pentadbiran mengakibatkan kemudahan di sini belum lengkap dan tidak mempunyai bekalan elektrik dan air yang bersih.

            Sekolah ini mulai dibuka dengan hanya 20 orang murid lelaki dan perempuan.  Hanya sebuah kelas Tahun 1 dengan 2 orang guru yang mengajar.

Sekolah ini diasaskan oleh seorang guru dengan bantuan orang kampung di sini.  Guru ini berasal dari Kuching.  Beliaulah mula-mula sekali mengajar di sini dengan belajar di bawah bangunan yang didirikan dengan atap daun, berdinding kulit kayu.  Guru tersebut bernama En. Bakhtiar Mindin.

            Sekolah ini mendapat namanya daripada nama kampung ini sendiri iaitu Kampung Beraya.  Kalau dikut maksud Beraya dalam kamus ialah berpesta, tetapi bagi penduduk kampung di sini tidak ada membawa apa-apa erti.  Terdapat juga sebuah kisah lampau sebelum kampung ini diberi nama Kampung Beraya.  Orang di sini menceritakan bahawa terdapat seorang wanita cantik yang selalu datang ke kampung ini.  Wanita tersebut berketurunan Dalih, rupa parasnya sungguh cantik.  Setiap kali wanita cantik itu datang, orang ramai akan berpusu-pusu datang menyambut wanita tersebut ditepi pantai seolah-olah ianya sebuah pesta/perayaan.  Orang ramai yang datang untuk menyaksikan kecantikan wanita tersebut hingga tak terbilang banyaknya.  Orang tua-tua mengatakan, kalau pokok kelapa diletak di pantai ini batang pokok tersebut hancur dipijak oleh orang yang datang.  Daripada kisah inilah kampung ini dinamakan Kampung Beraya.

            Kini setelah 37 tahun penubuhannya, SK Kampung Beraya sudah dihubungi oleh sistem jalanraya yang baik. Sistem jalanraya Trans Borneo Highway dibina bermula awal tahun 2003 dan siap melepasi kawasan dari Maktab Perguruan Sarawak hingga Bekenu melalui Jalan Bakam.  Kemudahan elektrik ke kawasan kampung bermula pada tahun tersebut.  Bagi sekolah kemudahan elektrik mula dibekalkan pada tahun 2004 sejajar dengan kehendak kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan ICT ke seluruh sekolah di Malaysia.
           

            Pada masa sekarang, S.K Kampung Beraya mempunyai 6 buah bilik kelas, bilik guru besar, bilik guru, perpustakaan, bilik RMT dan 5 kuarters guru.  Jumlah staf adalah sebanyak 13 orang. Pada tahun 2006, S.K Kampung Beraya mendapat perluasan bagi pembinaan bangunan prasekolah yang siap pada tahun berikutnya hingga kini.
“TERUS UNGGUL”












GAMBAR-GAMBAR

Daripada Jalan Miri-Bintulu



Tamu berdekatan Jalan raya 







Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya C1K6U 5HUKR1

SALAM PERKENALAN