Sekolah
ini ditubuhkan pada tahun 1967. Nama
sekolah ini belum pernah ditukar sejak dari ia ditubuhkan. Ia masih kekal dengan nama SRK Kampung
Beraya. Pada tahun 1999 SRK ditukar kepada SK (Sekolah Kebangsaan) kerana untuk
menyeragamkan identiti sekolah seluruh Malaysia.
Bangunan ini dibina
daripada kayu dan beratapkan daun nipah pada awalnya. Kemudian sekolah ini diubahsuai oleh kerajaan
dan atapnya beratapkan zink. Bangunan
sekolah ini pada awalnya mempunyai 3 bilik darjah dan 1 bilik pejabat guru dan
1 bilik pejabat Guru Besar. Jarak
sekolah ini dari pusat pentadbiran Bandar Miri adalah lebih kurang 40 km dengan
menggunakan jalan bertanah/pasir.
Disebabkan itu juga ia terpisah dari pusat pentadbiran mengakibatkan
kemudahan di sini belum lengkap dan tidak mempunyai bekalan elektrik dan air
yang bersih.
Sekolah ini mulai dibuka
dengan hanya 20 orang murid lelaki dan perempuan. Hanya sebuah kelas Tahun 1 dengan 2 orang
guru yang mengajar.
Sekolah ini diasaskan oleh seorang guru dengan
bantuan orang kampung di sini. Guru ini
berasal dari Kuching. Beliaulah
mula-mula sekali mengajar di sini dengan belajar di bawah bangunan yang
didirikan dengan atap daun, berdinding kulit kayu. Guru tersebut bernama En. Bakhtiar Mindin.
Sekolah ini mendapat
namanya daripada nama kampung ini sendiri iaitu Kampung Beraya. Kalau dikut maksud Beraya dalam kamus ialah
berpesta, tetapi bagi penduduk kampung di sini tidak ada membawa apa-apa erti. Terdapat juga sebuah kisah lampau sebelum kampung
ini diberi nama Kampung Beraya. Orang di
sini menceritakan bahawa terdapat seorang wanita cantik yang selalu datang ke
kampung ini. Wanita tersebut
berketurunan Dalih, rupa parasnya sungguh cantik. Setiap kali wanita cantik itu datang, orang
ramai akan berpusu-pusu datang menyambut wanita tersebut ditepi pantai
seolah-olah ianya sebuah pesta/perayaan.
Orang ramai yang datang untuk menyaksikan kecantikan wanita tersebut hingga tak terbilang banyaknya. Orang tua-tua mengatakan, kalau pokok kelapa
diletak di pantai ini batang pokok tersebut hancur dipijak oleh orang yang
datang. Daripada kisah inilah kampung
ini dinamakan Kampung Beraya.
Kini
setelah 37 tahun penubuhannya, SK Kampung Beraya sudah dihubungi oleh sistem
jalanraya yang baik. Sistem jalanraya Trans Borneo Highway dibina bermula awal
tahun 2003 dan siap melepasi kawasan dari Maktab Perguruan Sarawak hingga
Bekenu melalui Jalan Bakam. Kemudahan
elektrik ke kawasan kampung bermula pada tahun tersebut. Bagi sekolah kemudahan elektrik mula
dibekalkan pada tahun 2004 sejajar dengan kehendak kementerian Pendidikan untuk
memperkenalkan ICT ke seluruh sekolah di Malaysia.
Pada masa sekarang, S.K
Kampung Beraya mempunyai 6 buah bilik kelas, bilik guru besar, bilik guru,
perpustakaan, bilik RMT dan 5 kuarters guru.
Jumlah staf adalah sebanyak 13 orang. Pada tahun 2006, S.K Kampung Beraya mendapat perluasan bagi pembinaan bangunan prasekolah yang siap pada tahun berikutnya hingga kini.
No comments:
Post a Comment